Tuesday, July 6, 2010

sambungan

Pagi lusa, sedang bersiap2 tiba2 terdengar bunyi hon depan rumah. Abang Adam agaknya. Hari ini, kereta ku dijangka siap dibaiki. Ahh..senang rasa hati. Tak perlu la Abang Adam berulang lagi setiap pagi dari Subang ke rumah aku, lepas tu kena hantar aku ke tempat kerja pulak. Ku capai handbag dan handphone, terus berlari ke bawah. Saat ku buka pintu, aku terdiam kaget.

Laa....ni apa hal pulak mamat senget nih datang ?

Melihatkan aku yg mengatur langkah persis wanita melayu terakhir, Farhan membunyikan hon kereta sekali lagi.

Arghh...dia nih sudah lebih......

" Woi! Awak nih tak reti nak hormat ke ? Malu la saya dekat jiran2 sebelah. Nanti semua org tahu pulak yg pagi2 buta, jantan duk amik saya dekat rumah!"

"Dah awak tuh jalan terkemut2 mcm semut merah! Cepat le sikit. Kang lambat."

" Ehhh...saya takde suruh awak amik saya. Ni yang awak pandai2 datang rumah saya nih kenapa?"

" Makcik oii......hari ni, kereta awak siap. Saya kena bayar. Awak dah lupa ke??? Betul lah awak ni banyak sgt makan buah berangan."

Aku terus masuk ke dalam kereta Farhan. Aku hempas pintu keretanya kuat2 tanda protes. Tapi Farhan pula memandang muka ku tanpa berkelip. Aikkk!! kenapa mamat nih pandang aku? Terpukau ke dia dengan wajahku ? Rasanya solekan ku seperti biasa. baju yang ku pakai juga biasa2. Tidak berlebih2.

" Makcik...saya mintak tolong sangat kat awak.....tolong la kurang2 sifat berangan dgn pelupa awak tuh. Awak nak pencuri masuk rumah awak ke ? "

Baru aku sedar yang sedari tadi aku terus keluar rumah tanpa mengunci pintu pagar malah pintu utama rumah ku. Dengan wajah yg kubuat2 selamba, aku keluar dan mengunci semuanya rapat2 lalu ku masuk semula ke kereta. Farhan cuba menahan gelak. Namun dapat kulihat sisa2 senyuman di bibirnya. Aku juga sebenarnya menahan malu yang amat sangat. Kereta bergerak keluar dari Saujana Utama melalui Lebuhraya Puncak Alam. Tidak lama, Farhan memperlahankan kereta dan berhenti di hadapan sebuah gerai. Tatkala melihat gerai itu yang bertulis 'BUAH BERANGAN', aku terjerit.

"Farhan! Kenapa berhenti ni? " kurasa satu soalan yang salah kuajukan. Sudah tentu jawapannya....

" Hehehehehe.......saya nak beli buah berangan 5 kilo untuk awak. Sebab awak ni kuat sangat berangan."

Melihatkan muka ku dah cemberot umpama cekodok, Farhan membatalkan niatnya. Aku tahu, dia hanya mengusik. Silap aku juga, yang menonong masuk kereta.


Monday, January 5, 2009

sambungan

Aku serba salah. Takut termakan budi. Di Kl ni, bahaya kalau termakan budi. Binasa diri. Tapi memandangkan mukanya yang tenang ditambah lagi yang aku sudah menunggu bas hampir 45 minit, dengan pantas aku masuk dan menghempas pintu kereta dengan agak keras.

"Emmm....kereta saya ni, kereta tempatan. Jangan la hempas kuat-kuat. Saya baru jer keluar duit nak bayar gantirugi kereta awak. Nanti tak pasal-pasal awak kena bayar pulak pada saya."
Aku mencebik. Ada-ada saja ide mamat senget nih. Tak penat agaknya asyik bercakap jer.
"Aiii...takkan pintu Perdana boleh tercabut. Lainlah pintu Gen-2 saya"

Perdana hitam mula meninggalkan perhentian bas tadi. Jalaraya seperti biasa. Keadaan sesak di sana sini merupakan pemandangan yang sudah sebati bagi warga KL.

"Makcik, rumah awak kat mana?"
"Saya dah cakap kan, jgn panggil makcik. awak ni tak paham atau buat2 tak paham ?" Hati yang mula sejuk mula panas kembali. Aku rasa macam nak ketuk-ketuk jer kepala mamat senget nih.
"Ok.Kalau macam tuh, makcik yang jelita, boleh bagitau nama tak ? Pasal saya tak tau nama la, saya pggl awak makcik. Awak pun satu, bg nombor telefon, tapi tak bg nama. Baru ku sedar. Dalam kelam kabut pagi tadi, aku tak menulis namaku. Malah aku juga tidak ingat nama mamat nih. Aku mula tercari-cari sesuatu dalam beg tanganku. Kertas yang hampir keronyok ku keluarkan.

Farhan! Ya. Nama mamat poyo nih adalah Farhan.

"Encik Farhan, kalau encik nak tolong saya, hantar saya ke Saujana Utama"
"Saujana Utama ? Dekat mana tuh ?"
"Sungai Buloh...."
" Sungai Buloh?????"
"Kenapa? Menyesal ke tolong saya. Kalau macam tuh, berhenti saja kat depan tuh. Saya boleh balik naik bas" Ujarku seakan berjauh hati. Ingatkan ikhlas nak menolong.

" Eh..saya bukan menyesal. Sungai Buloh tuh jauh. Awak drive dari Sg Buloh tiap2 hari, tak 'jammed' ke?"
"Ala...kalau nak kira 'jammed', semua tempat 'jammed'."

Kerek pulak mamat nih. Ingat Sungai Buloh tu kampung sangat. Kalau dah sampai nanti, terkejjut beruk nanti....

"Awak tinggal dengan parents ke ?" tanya Farhan lagi
"Taklah, mak dgn ayah ada di Muar, Johor."

Entah mengapa, sedikit demi sedikit aku mula rasa selesa berbaul dgn Farhan. Mungkin kerana paras 'tension' ku telah menurun. Menjadikan aku lebih terkawal. Kami mula berbual dengan lebih ceria. Aku berjanji akan menghubungi Farhan berkenaan kereta aku.

Thursday, December 25, 2008

Bab 1

Pagi Isnin itu, keadaan di Jalan Sultan Ismail sepertu biasa, sesak dengan bermacam jenis kereta. semuanya dengan satu matlamat. Nak ke tempat kerja. Bunyi radio makin ku kuatkan. Dalam keadaan2 sebegini, hanya lagu2 yang berkumandang saja yg dpt melegakan kepanasan hati. Hem...itulah Kuala Lumpur. Kota Metropolitan.

Hari ini genaplah enam bulan aku bekerja di KL. Tak pernah ku sangka yang satu hari nanti aku akan bekerja di Kuala Lumpur. Satu-satunya tempat yang paling aku elakkan. Tapi benarlah kata orang. Kuala Lumpur itu 'lubuk duit'.

"Gedeganggggg!!!!!!" aku terasa kereta aku bergoncang. Ah....sudah tentu kereta aku kena 'cium'. Aku terus keluar dan melihat bontot kereta aku. Nasib baik tak tercabut.

"Wei! Macamana encik bawak kereta ni ?"
" Apa wei-wei? Awak tu yang berangan. Saya dah hon banyak kali, tapi awak tak jalan jugak.
Jadi saya sondol lah"
" Amboi, sesedap hati jer nak sondol. Habis tuh sape nak tanggunf ni ?" geram betul aku. Kalau
tak kerana mengenangkan tengah'jammed' ni, mau jugak aku bertekak dengan 'mamat poyo' ni.
" Dah saya sondol, saya la yg tanggung." chewahhh....tunjuk gentleman la pulak. Tak kuasa aku
nak melayan. Namun...er...namun...panahan mata lelaki itu amat menusuk kalbuku.

Arghh...apa yang aku mengarut nih.....

Dengan cepat aku mencatat nombor plet kereta dan nombor telefon 'mamat poyo' tu. Selesai urusan dengannya, aku terus memandu ke tempat kerja. Sampai di parking, aku teringat yang aku ada janji dengan abang Adam 'lunch' nanti.


Sepanjang hari itu, merupakan hari yang 'tak best' buat diriku. Bermula dengan peristiwa keretaku di langgar hinggalah bebanan kerja yang tak eprnah sudah. Bosan sungguh. Petang itu aku terpaksa balik dengan bas. Abang Adam telah membawa keretaku untuk di baiki. Sedang aku membelek2 majalah Cosmopolitan, ada bunyi-bunyi hon kereta yang membingitkan telinga. Aku buat pekak jer, bukan apa, orang Malaysia ni suka sangat bunyikan hon kereta. Sikit2 hon. Sana hon. Sini hon. Kadang2 aku rasa lebih baik semua kereta takde hon. Errr...boleh ke kereta takde hon ?

"Oiii makcik! Tak sudah2 ke berangan tuh ? "
Ku dongakkan muka dan....
"Ewah....sesedap mulut awak jer panggil saya makcik. Awak tuh lebih tua dari saya tau tak!"
"Oooo...muda lagi yer. Habis yang saya dok hon banyak kali, awak buat tak dengar jer. Dah tua le tuh "
Geram sungguh aku mendengar. Aku rasa 'mamat' ni ada skru kepala dia yang tercabut. Pasal tuh perangai macam 'otak tak centre'. Aku pun rasa2nya dah separuh gila melayan mamat ni.

Ha..apa yang awak nak ? Tak boleh tengok orang senang ke?"
"Makcik, saya ni kesian kat makcik. Kereta takde, makcik kena naik bas"
Masih lagi dia memanggil aku 'makcik'. Heee....tak sedar diri betul la. Seorang dua yang berada di perhentian bas itu mula tersengih2 melihat drama spektra kami. Dengan malas aku merapati mamat gila itu.

"Apa yang awak nak ha?"
"Saya nak makcik! Ha..ha...ha..." tak pasal2 dia gelak sensorang. Ntah apa yang lucu pun aku tak tahu. Melihat aku diam, dia pun terdiam. Untuk seketika kami terdiam. Fikiranku tiba2 menjadi kosong. Aku terasa hari ini sungguh bosan dan terasing.

"Makcik, tolong la jangan berangan lagi. Kecik2 dulu banyak makan buah berangan ke ?"
"Lagi sekali awak panggil saya makcik, saya tinggalkan tempat ni" gertak ku
"Ok.Ok. Saya tak panggil awak makcik lagi. Tapi tolong la masuk. saya hantarkan awak balik. Petang2 mcm nih susah nak dpt bas. Kalau dapat pun, mesti penuh."



bersambung




Epilog

Dalam perjalanan hidup ini
banyak yg telah ku alami sendirian
hati terguris tiada yg tahu
keseorangan mengharungi sengsara

Hadirnya dirimu ku sangkakan ikhlas
kuberikan setulusnya
namun tersalah jua
mengapa.....

Pernah kah kau menghargai daku
dan pernahkah kau mencurahkan cinta
usah beri janji palsu bagiku
yang kini pergi dan takkan pernah kembali

Walau kini ku tersilap jua
kan ku kunci sisa cinta ini dlm hati ku

Kini ku teruskan perjalanan
walaupun perit ku tabahakan hati ini
hadirnya dirimu kini
takkan ku terima
tak ingin diluka lagi
dan tak selamanya sayang......

bersambung.......

Wednesday, December 10, 2008

Aku Tidak Faham!

Aku tak faham kenapa manusia sangat mudah iri hati
Aku tak faham kenapa manusia sangat senang lupa diri
Aku tak faham kenapa manusia tikam sahabat dari belakang
Aku tak faham kenapa manusia mudah lupa kawan
Aku tak faham kenapa manusia tidak pernah puas
Aku tak faham kenapa manusia selalu sangat dengki
Aku tak faham kenapa manusia selalu nak menjatuhkan manusia lain


Aku tak faham.....Aku tak faham........

Aku tak faham kenapa manusia tak mahu menjadikan Al-Quran & Sunnah panduan hidup
Aku tak faham kenapa manusia tak mahu jadikan amalan Rasulullah sebagai pedoman
Aku tak faham kenapa manusia tak mahu mendekatkan diri kepada Tuhan
Aku tak faham kenapa manusia ingin mejauhkan diri dari landasan Islam
Aku tak faham kenapa manusia lupa hukum alam


Aku tak faham.....Aku tak faham.......

(segala yg buruk itu datangnya dari diriku yg tidak sempurna dan begitu byk kekurangan, segala yg indah itu adalah dtgnya dari Allah swt......)

Monday, December 8, 2008

Kala, Detik, Kita & Tangis

Kala itu, sepi malam mencengkam seluruh tubuh
minda terpadam, jasad terawang
gegar bumi tidak terasa
luruhnya bumi tidak terperi
sekelip cuma, sekelip cuma ia memuntahkan segala isi perut bumi
Oh!, KuasaNYA tidak terungkap oleh kata
tidak terungkap oleh mata
tidak tergapai dek tangan juga akal fikiran

Detik ini, banyak perkara yg kita tangisi
kita tangisi kematian
kita tangisi kegembiraan
kita tangisi kelahiran
kita tangisi kejayaan


Namun, pernah kah kita suatu ketika
duduk di bawah pohon itu
dan....
kita tangisi akan dosa2 lalu
kita tangisi kerana selalu alpa
kita tangisi kerana belum cukup sedianya kita utk mengadap NYA
kita tangisi akan keceluparan
kita tangisi kerana sambil lewanya kita pada ibu bapa
kita tangisi kerana begitu sikitnya amal kita
dan kita menangis...terus menangis.....
tiada hentinya......

(sesungguhnya bencana demi bencana yg melanda pada hari ini membuatkan aku cukup takut pada kebesaran NYA.....allahu akbar!)

Thursday, December 4, 2008

PERGINYA CINTA ITU

Satu ketika di awal tahun 2008. Dedikasi untuk seorang teman.....semoga apa yg terjadi memberikan semangat baru pdnya...dan alhamdulillah...teman ku sedang meniti bahagia...


Awak adalah perkara yang terbaik di dalam hidup saya…..

kenangan lalu akan menjadi peneman kala kesunyian…

masa akan menentukan segala-galanya…..

saya sentiasa menanti kehadiran awak kembali dalam hidup saya .

Namun apakan daya, perasaan terkilan itu masih terasa.

Demi meneruskan hidup ini dan demi Kebahagiaan awak,

Saya lepaskan awak untuk mencari bahagia itu………


Begitulah antara bait-bait dari tinta terakhir yang kuterima seminggu sebelum hari pernikahan ku menjelma. Lalu satu persatu kenangan bersamanya terpapar di ruang mata. Tanpa sedar airmata mengiringi senyumku. Ah, dia adalah lelaki yang amat bermakna di dalam hidupku tujuh tahun yang lalu. Dia adalah lelaki yang menemani aku kala suka dan duka. Dia adalah lelaki yang melindungi aku kala aku memerlukannya.

Namun apakan dayaku, aku tidak mampu menolak takdirku. Qada dan Qadarku. Janji yang telah aku pateri kepada Allah swt di Loh Mahfudz. Ya Allah….berilah aku ini kekuatan dalam meneruskan hidup ini. Aku cuba untuk menjadi anak yang solehah. Aku tidak mahu terus-terusan dihimpit pertanyaan yang macam-macam. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak ku pertahankan cinta itu. Kenapa aku tidak kuat untuk mengatakan pada mereka yang aku tidak mahu menerima insan lain dalam hidupku. Kenapa aku biarkan saja…..kenapa aku biarkan saja…….

Percintaan di kampus memang mengasyikkan. Waktu itulah, kita akan lebih mengenali pasangan sama ada mereka ini hanya untuk bersuka atau mencari titik noktah yang lebih pasti. Waktu itulah, harapan dan impian di kait bersama agar ia dapat menjadi sehelai baju buat pelengkap di kemudian hari. Manis sungguh saat itu. Saat yang tidak akan dapat diulang lagi. Walau betapa kuat ingatanku terhadapnya, tidak akan merubah apa-apa. Jari manisku kini tersarung sebentuk cincin yang mengikat aku dengan pria baru. Pria yang bukan pilihan hati ku. Oh hati..tabahlah dikau.


Jika kau berharap agar aku mencari bahagia, ketahuilah bahawa bahagia aku telah kau semat jauh ke dasar hatimu. Puas ku cari ia di pelabuhan yang ku singgah, tetapi tidak ku temui. Puas ku renang mencari di lubuk hatiku, tidak ku nampak titik bahagia itu. Yang ada hanyalah seraut wajah dan namamu yang terukir kemas di hatiku. Setiap detik jantungku berdenyut, seolah-olah memberikan aku nafas untuk terus hidup mengecapi nikmat yang Esa.

Aku tidak mampu untuk menoleh ke belakang lagi. Walau sekuat mana hatiku ditinggalkan, aku terpaksa mengorak langkah meninggalkan persada yang pernah aku lena. Aku kini cuba untuk menguatkan langkahku menapak di pelabuhan yang baru di bina. Aku cuba menitipkan sisa-sisa cinta yang masih ada.

Buat mu, ketahuilah dikau, aku tidak pergi dengan hati yang suka, aku pergi dengan hati yang lara. Hati yang entah bila akan menitipkan kembali cinta yang telah padam. Aku terpaksa berlaku adil pada ‘si dia’. Dia tidak tahu kisah silamku. Dia telah sedaya upaya menyemai benih-benih cinta agar aku tetap menghirup kemanisan cinta dunia. Dia telah cuba untuk melengkapkan aku agar berada di sisinya di Jabal Rahmah. Ya Tuhan….kiranya ini penentuan Mu, kiranya ini lukisan hidupku. Aku terima dengan redha. Ku pohon agar segala kekusutan ini terlerai dan permudahkan segala urusan ku didunia ini.

Dan buat mu ‘R’, seperti mana kau melepaskan aku, aku turut melepaskan mu dengan hati yang sayu. Kisah kita, tanam lah ia jauh-jauh di dasar hati. Kisah yang tidak mungkin akan terungkai lagi. Carilah cinta yang boleh kau lembarkan kasihmu. Berilah peluang pada dirimu dan juga pada si dia jika kau ketemu, agar dapat membenihkan kasih sayang yang tidak mungkin dapat aku berikan.

Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dan kebahagiaan mu. Kita tidak dijodohkan ‘R’. Kita hanya lah manusia-manusia yang bertemu atas kehendak Allah swt. Dan kini, ku lepaskan cinta itu pergi….pergi yang tidak mungkin akan kembali.